GUA MUSANG – Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya mengangkut keluar seramai 41 daripada 101 pelajar Orang Asli untuk ke sekolah pada hari pertama Ops Murni, semalam. Komander Pasukan Khas Unit Udara JBPM Subang, Penguasa Bomba Cik Hamdan Hamzah berkata, sebanyak enam penerbangan telah dilakukan untuk mengeluarkan pelajar yang tinggal di tujuh buah kampung. Katanya, selain itu dua penerbangan Medical Evacuation (Medevac) turut dilakukan untuk mengambil penduduk…










