17 pengarah syarikat ditahan, disyaki terlibat kartel tender perolehan Tentera Darat

17 pengarah syarikat ditahan, disyaki terlibat kartel tender perolehan Tentera Darat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seramai 17 pengarah syarikat ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam rangkaian kartel tender perolehan Tentera Darat.

Kesemua suspek yang direman terdiri daripada sembilan lelaki dan lapan wanita berusia lingkungan 20 hingga 60-an.

SPRM dalam satu hantaran di TikTok memaklumkan, mereka ditahan di antara pukul 8.30 malam hingga 11.30 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki membayar wang rasuah kepada pegawai kanan Tentera Darat Malaysia sebagai balasan untuk mendapatkan projek-projek pembekalan dan penyelenggaraan dengan TDM,” kata hantaran itu.

Tambah hantaran itu, perintah reman selama lima hari sehingga 10 Januari ini terhadap kesemua suspek telah dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan,  Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(b) Akta SPRM 2009.

Semalam, sumber memaklumkan, kira-kira 26 buah syarikat yang disyaki terlibat dalam tender perolehan Tentera Darat telah disiasat SPRM.

Kesemua 26 buah syarikat tersebut kira-kira jam 11 pagi tadi di sekitar Lembah Klang, Perak dan Pulau Pinang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN