IPOH 8 Jan. – Kerajaan negeri akan menghasilkan 40 video berdurasi pendek bagi mempromosi Perak di laman sosial dalam usaha memfokuskan kepada pasaran negara China bagi menarik lebih banyak pelancong khususnya dari Guangzhou. Pembikinan video tersebut yang bakal mendapat tajaan pihak swasta, akan menonjolkan budaya, kesenian, makanan, produk serta kisah-kisah kebanggaan negeri ini untuk diceritakan kepada dunia. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing berkata, pada masa…









