KUALA LUMPUR 30 Jan. – Sebanyak 4.29 juta saman yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tahun lalu masih belum diselesaikan pesalah jalan raya. Mengikut rekod Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, sebanyak 5.72 juta saman melibatkan pelbagai jenis kesalahan dikeluarkan kepada pengguna jalan raya tahun lalu. Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, walau bagaimanapun daripada jumlah tersebut hanya 25 peratus iaitu 1.43 juta saman yang…










