315 penghuni setinggan hilang tempat tinggal dalam kebakaran di Putatan - Utusan Malaysia

315 penghuni setinggan hilang tempat tinggal dalam kebakaran di Putatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU, 11 Jan (Bernama) — Kebakaran yang memusnahkan 55 rumah setinggan di Kampung Pasir Putih Putatan dekat sini tengah hari tadi, melibatkan 315 penghuni daripada 74 keluarga.


Kesemua mangsa yang hilang tempat tinggal kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Serbaguna Putatan.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, keseluruhan keluasan kawasan kebakaran itu kira-kira empat hektar. 


Laporan kebakaran diterima pada 12.53 tengah hari dan api sukar dikawal disebabkan tekanan air pili bomba rendah serta rumah yang dibina terlalu rapat, kata kenyataan itu.


Operasi terkawal pada 3.14 petang dan api dipadam sepenuhnya pada 4.32 petang.

Seramai 40 pegawai dan anggota bomba dari tiga Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, Jalan Lintas dan Penampang terlibat dalam operasi memadamkan api menggunakan enam jentera dan sebuah kenderaan EMRS. – BERNAMA 

 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN