TLAHUELILPAN 19 Jan. – Sekurang-kurangnya 21 terbunuh manakala 71 lagi cedera parah apabila sebuah saluran paip minyak haram meletup di Tlahuelilpan, kira-kira 105 kilometer (km) dari bandar Mexico, di sini hari ini. AFP melaporkan, Gabenor Hidalgo, Omar Fayad memberitahu, ketika kejadian orang ramai dikatakan sedang berebut-rebut untuk mengambil minyak yang bocor daripada paip tersebut. Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador yang menyatakan kebimbangan di Twitternya turut meminta pihak penguasa untuk…










