JAKARTA 1 Jan. – Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh manakala 25 lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh yang diakibatkan oleh hujan lebat di Jawa Barat semalam. Jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho berkata, tanah runtuh itu berlaku sekitar petang semalam. Menurutnya, pasukan penyelamat kini berusaha menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa-mangsa yang tertimbus dalam runtuhan. “Keadaan hujan lebat dan bekalan elektrik terputus menyukarkan operasi menyelamat dilakukan, terutamanya…










