109 pelajar Malaysia di Sudan selamat - Utusan Malaysia

109 pelajar Malaysia di Sudan selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUTRAJAYA 4 Jan. – Sebanyak 109 pelajar Malaysia yang terperangkap dalam pergolakan di Khartoum, Sudan berada dalam keadaan selamat dan telah kembali menjalankan kehidupan seharian seperti biasa.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memaklumkan, daripada jumlah itu, sejumlah 104 pelajar masih berada di Khartoum manakala selebihnya sudah kembali ke tanah air.

“Namun Kedutaan Malaysia di Sudan telah mengambil langkah berjaga-jaga dan menasihatkan pelajar kita di sana untuk kembali ke Malaysia sewaktu universiti ditutup.

“Universiti-universiti di Sudan sudah telah ditutup dua minggu dan akan dibuka sebaik sahaja menerima pemakluman pihak berkuasa negara itu,” kata kenyataan itu, di sini hari ini.

Sejak 19 Disember lalu, perusuh dan penunjuk perasaan membanjiri jalan raya di Khartoum selepas kerajaan membuat keputusan untuk menaikkan kos roti dan akan menyebabkan kos sara hidup meningkat.

Ekoran insiden tersebut 105 mahasiswa tempatan terperangkap ekoran penutupan universiti akibat pergolakan.

Secara keseluruhannya 150 rakyat Malaysia menetap di negara tersebut termasuk mahasiswa, diplomat serta ahli perniagaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN