KUALA LUMPUR 17 Dis. – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengesahkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Muhammad Adib Mohd. Kassim telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini sebentar tadi. Zuraida memberitahu, Muhammad Adib meninggal dunia pukul 9.41 malam tadi. “Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE










