Zainal Abidin Presiden & CEO baharu Perodua - Utusan Malaysia

Zainal Abidin Presiden & CEO baharu Perodua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Dis. – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Pero­dua) melantik Datuk Zainal Abidin Ahmad sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu menggantikan Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh berkuat kuasa 1 Januari 2019.

Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin berkata, Zai­nal Abidin sebelum ini merupakan Naib Presiden Perodua Auto Corporation Sdn. Bhd. dan ini membolehkan beliau meneruskan usaha meningkatkan kece­kapan serta daya saing untuk me­ngembangkan perniagaan eksport Perodua.

ZAINAL ABIDIN
ZAINAL ABIDIN 

Katanya, Aminar Rashid akan menamatkan tempoh perkhidmatan beliau pada 31 Disember ini selepas sembilan tahun me­nerajui syarikat tersebut.

Ujar beliau, di ba­wah ke­pimpinan beliau, Perodua bukan sahaja dapat mening­katkan penguasaan pa­saran daripada 31.2 peratus pada 2010 kepada lebih 37 peratus setakat tahun ini, malah berjaya melaksanakan inisiatif transformasi Kumpulan Perodua.

“Prestasi lepas jualan menyaksikan peningkatan yang cukup ketara begitu juga dengan kecekapan kos, kualiti dan penghantaran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

DR. AMINAR RASHID
DR. AMINAR RASHID 

“Perodua juga melabur sebanyak RM1.3 bilion untuk membina Perodua Global Manu­facturing Sdn. Bhd., kilang kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama di negara ini yang diperakui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Asmat berkata, pihaknya me­lihat Zainal Abidin sebagai calon pemimpin yang sesuai kerana beliau berupaya menggerakkan Perodua serta para vendor, pembekal dan pengedar ke peringkat serantau.

“Beliau juga membuktikan kemampuan bekerja dengan baik bersama semua pemegang saham termasuk Daihatsu Motor Company of Japan dalam membawa teknologi baharu dan menggalakkan pelaburan di dalam negara.

“Masa hadapan Perodua ber­gantung kepada keupayaan ka­mi untuk bekerja lebih harmoni dengan Daihatsu kerana mereka sentiasa menyokong kami dan Zainal Abidin membuktikan kemampuan dirinya sesuai untuk tugas tersebut,” katanya.

Zainal Abidin, 52, pemegang Ijazah Pengurusan Sistem Maklumat dan Perakaunan daripada Pacific Lutheran University, Washington, Amerika Syarikat.

Beliau memulakan kerjaya­nya di Perodua pada 1995 di Ja­batan Kawalan Kos dan terlibat secara langsung dalam mewujudkan struktur kos pengelua­ran Perodua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN