Yusri tolak tawaran Kelantan - Utusan Malaysia

Yusri tolak tawaran Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEKAS jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah mengesahkan telah menandatangani perjanjian bersama Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) bagi mengendalikan skuad Warga Kota untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2019.

Pengendali kelahiran Perlis tersebut mengambil keputusan untuk bertukar angin meskipun Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kelmarin masih menunggu keputusan da­ripadanya bagi pengesahan jawatan ketua jurulatih pasukan Kelantan musim depan.

Naib Presiden KLFA, Datuk Kamarudin Hassan menyambut baik kehadiran ketua jurulatih baharu untuk melatih skuad Kuala Lumpur musim depan dalam usaha menjadi pasukan pencabar utama pada saingan Liga M.

“Berdasarkan pengalaman Yusri sebagai bekas pemain dan pernah mengendalikan Kelantan sebelum ini, saya percaya kehadirannya mampu membawa aura baharu dalam pasukan.

“Kita harap beliau boleh me­lakukan pencapaian terbaik, sekali gus membawa Kuala Lumpur lebih jauh selepas ini dan memperoleh sekurang-kurangnya satu piala serta kekal di kedudukan terbaik Liga Super.

“Siapa-siapa yang hadir dalam pasukan pastinya kami memberikan sokongan penuh dalam usaha meningkatkan lagi sengat Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan sebelum ini mendedahkan Yusri masih belum menandatangani kontrak walaupun tawaran dan persetujuan persatuan untuk melantik beliau sebagai ketua jurulatih sudah dilakukan.

Yusri, 42, dilantik sebagai ke­tua jurulatih Kuala Lumpur bagi menggantikan Fabio Silva yang direhatkan Ogos lalu ekoran gagal memimpin pasukan melakar keputusan konsisten sebelum posisi tersebut diambil alih pembantunya, Chong Yee Fatt buat sementara waktu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN