YIDE bantu keperluan persekolahan 500 anak yatim - Utusan Malaysia

YIDE bantu keperluan persekolahan 500 anak yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Kira-kira 500 orang anak yatim daripada 12 rumah kebajikan yang berdaftar Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menerima bantuan meliputi peralatan sekolah termasuk pakaian, kasut, stokin dan beg dalam satu majlis di Star Vilion, Seksyen 7 di sini hari ini.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenaan untuk berangkat ke majlis tersebut bagi menyantuni anak-anak yatim memilih pakaian untuk sesi persekolahan akan datang.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YIDE, Nur Mohd. Razali Abdullah berkata, sumbangan tersebut adalah kerjasama antara pihaknya bersama pihak Central Sugars Refinery Sdn. Bhd. (CSR) dan gedung tekstil terkenal Jakel Trading Sdn. Bhd. (Jakel).

“Kita memperuntukkan dana berjumlah RM50,000 untuk program ‘Back To School’ hari ini. 

“Setiap seorang anak yatim diberikan sepasang pakaian seragam sekolah, kasut dan beg yang bernilai RM100 untuk digunakan mereka pada sesi persekolahan pada tahun depan,”katanya ketika ditemui pada program Back To School’ di Star Vilion di sini hari ini.

Mohd. Razali menjelaskan, ini merupakan program bantuan persekolahan kali kedua dianjurkan oleh YIDE selepas program pertamanya berjaya dilaksanakan pada tahun lepas bersama Pemerbadanan Menteri Besar (MBI). – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN