Waytha Moorty dipercayai nyah aktif akaun Facebook - Utusan Malaysia

Waytha Moorty dipercayai nyah aktif akaun Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Mungkin tidak tahan dihentam netizen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorty didapati telah menyahaktifkan akaun Facebook beliau, hari ini.

Sebelum itu, Waytha Moorty dikesan menukar gambar profil beliau kepada gambar Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim yang dilaporkan meninggal dunia, malam semalam.

Tindakan itu tidak disenangi para netizen dengan ada di antara mereka mengeluarkan kata-kata kesat di ruangan komen Facebook Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) itu. .

Bagaimanapun, semakan Utusan Malaysia sebentar tadi mendapati akaun Facebook Waytha Moorty tidak dapat dikesan dan berkemungkinan besar telah dinyah aktif. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN