KUALA LANGAT 3 Dis. – Seorang warga emas yang dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah maut apabila motosikal ditunggangnya hilang kawalan sebelum melanggar konkrit dan papan tanda jalan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Klang-Banting, di sini petang tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 petang itu, mangsa, Supian Sulaiman, 65, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden…










