KLUANG 18 Dis. – Seorang warga emas yang hilang sejak kelmarin ditemukan terbaring dalam kawasan kelapa sawit di Ladang MCA Layang-layang, dekat sini pukul 9 pagi tadi. Tan Kek Wah, 79, ditemukan seorang pekerja ladang dalam keadaan berlumpur dan terbaring atas tanah dalam keadaan lemah sebelum penemuan itu dimaklumkan kepada pihak berkuasa. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Penolong Penguasa Bomba Ashraf Nur Mohd. Yusoff berkata, mangsa kemudian dibawa keluar…










