Waran tangkap untuk Jho Low, empat lagi berhubung 1MDB - Utusan Malaysia

Waran tangkap untuk Jho Low, empat lagi berhubung 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Dis. – Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap ahli perniagaan yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Low Taek Jho atau Jho Low dan empat individu termasuk seorang wanita.

Difahamkan waran berkenaan dikeluarkan oleh mahkamah secara ‘in absentia’ iaitu tanpa ketidakhadiran tertuduh bagi membantu siasatan berhubung tuduhan pengubahan wang haram membabitkan skandal tersebut.

Selain Jho Low, empat individu terbabit dipercayai bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan, 45, bekas pengarah eksekutif, Casey Tang Keng Chee, 53, dua bekas pegawai 1MDB, Geh Choh Heng, 47, dan Eric Tan Kim Loong, 40.

Menurut carian di laman web e-Filing, kes kesemua individu berkenaan telah difailkan di empat Mahkamah Sesyen di sini.

Difahamkan, kelima-lima individu berkenaan menghadapi beberapa pertuduhan dipercayai berkaitan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram. 

Pada 24 Ogos lalu, Mahkamah Sesyen Putrajaya mengeluarkan waran tangkap terhadap Jho Low dan bapanya, Tan Sri Low Hock Peng bagi membantu siasatan berhubung skandal 1MDB. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN