SHAH ALAM 14 Dis. – Juara Piala Malaysia 34 kali, Selangor mengesahkan mendapat khidmat Wan Zack Haikal Wan Nor dan Nurridzuan Abu Hassan bagi mengharungi Liga Malaysia musim hadapan. Pengendali Red Giants, B. Sathianathan berkata, kedua-dua pemain dipilih kerana memiliki kemahiran kawalan bola kemas dan khidmat mereka diperlukan bagi memperkuatkan jentera tengah pasukan itu. “Saya pilih mereka disebabkan suka kepada pemain yang suka menyimpan bola dan kemahiran itu adalah pada…










