SHAH ALAM – Skuad The Red Giants terus memperkuatkan barisan tengah dan serangan mereka apabila mengesahkan telah menandatangi kontrak bersama Wan Zack Haikal Wan Nor dan Norizuan Abu Hassan.
Pengendalinya, B. Sathianathan berkata, pemilihan dua pemain tersebut dilakukannya sendiri susulan kemahiran yang tinggi ada pada mereka.
“Saya pilih mereka disebabkan suka kepada pemain yang suka menyimpan bola dan kemahiran itu adalah pada mereka.
“Secara jujur, saya sebenarnya lebih ragu dengan pemain tempatan disebabkan kualiti mereka (Justeru adalah lebih baik mendapatkan pemain berkualiti lebih awal).
“Hala tuju sebuah pasukan adalah bergantung kepada pemain tempatan,” katanya ketika ditemui selepas majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Persatuan Bola Sepak Selangor dan Universiti Teknologi Mara (UITM) di sini hari ini.
Berdasarkan rekod, pasukan Gergasi Merah itu turut berjaya mendapatkan
bekas tonggak Terengganu FC (TFC), Faiz Nasir sebagai pemain baharu selain
Abdul Latiff Suhaimi, Syazwan Zainon, Norhakim Isa, K Prakabaran dan juga Halim Shaari. – K! ONLINE










