PUTRAJAYA 30 Dis.- Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meluangkan masa melawat pusat media sempena Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Kali Ke-2 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu meluangkan masa kira-kira 10 minit beramah mesra bersama para media yang membuat liputan perhimpunan itu. Beliau juga mengambil peluang beramah bersama para petugas Utusan Malaysia dan Kosmo! serta sempat membaca…










