[VIDEO]Jenazah Muhammad Adib tiba di Pangkalan Udara JBPM Subang - Utusan Malaysia

[VIDEO]Jenazah Muhammad Adib tiba di Pangkalan Udara JBPM Subang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG 18 Dis. – Van jenazah yang membawa anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim tiba di Pangkalan Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Subang pada pukul 7.54 pagi.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke kampung halamannya iaitu Kampung Tebengau, Kuala Kedah dengan menaiki helikopter Mi17-iv sebentar lagi untuk proses pengebumian.

Penerbangan memakan masa kira-kira dua jam sebelum dijadualkan mendarat di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Tebengau, Kedah.

PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali bersama-sama Mo
PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali bersama-sama Mohd Kassim Abdul Hamid dan Asma Aziz yang merupakan ibu dan bapa anggota bomba, Muhammad Adib ketika melihat persiapan untuk membawa pulang jenazah mangsa rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya ke Kampung Tebengau, Kuala Kedah untuk proses pengebumian di Pangkalan Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Subang. – UTUSAN ONLINE/ Nurfarahin Hussin

Turut berada di pangkalan udara sekarang ialah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Terdahulu, Muhammad Adib yang cedera parah akibat rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya akhir bulan lalu meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 9.41 malam tadi selepas genap tiga minggu menjalani rawatan.

Dalam kejadian 27 November lalu, Muhammad Adib bersama pasukannya dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya telah pergi ke kuil berkenaan untuk memadamkan satu kebakaran kereta namun mereka telah diserang oleh sekumpulan perusuh sebelum Muhammad Adib dipukul sehingga mengalami kecederaan parah. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN