[VIDEO] Uncle Kentang lancar ambulan dan van jenazah baharu - Utusan Malaysia

[VIDEO] Uncle Kentang lancar ambulan dan van jenazah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUCHONG 9 Dis. – Siapa sangka hasil kutipan orang ramai sepanjang tahun ini bernilai RM118 ribu memberi peluang kepada Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia berjaya untuk membeli dua buah van jenazah dan ambulan.

Presidennya, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang, penambahan sebanyak empat kenderaan itu turut mengfokuskn kawasan daerah Puchong dalam misi membantu lebih ramai orang di kawasan itu.

 

“Kami terima derma dari orang ramai sepanjang tahun ini yang ingin turut mengambil bahagian untuk membantu mereka yang susah.

“Kini kami ada enam ambulan dan tiga van jenazah dan saya pasti ia boleh memenuhi permintaan dari mereka yang memerlukan dengan bayaran seikhlas hati mereka,” ujarnya ketika Larian Amal Kentang di sini hari ini.

Menurut Chee Heng, perkhidmatan itu turut menawarkan kepada mereka yang tinggal di luar daerah Puchong.

“Agak tidak adil sekiranya pihak kami hanya menawarkan perkhidmatan ini  hanya di satu kawasan sahaja justeru kami mengambil kesempatan ini untuk membantu mereka yang memerlukan walaupun mereka tinggal di luar kawasan,”

Sementara itu, Larian amal Kentang yang dianjurkan oleh pihaknya berjaya mengumpul sebanyak RM 60,000 ribu dan wang itu akan digunakan untuk selenggara van jenazah dan ambulan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN