[VIDEO] Pengurusan kanan Tabung Haji direman empat hari - Utusan Malaysia

[VIDEO] Pengurusan kanan Tabung Haji direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 19 Dis.- Seorang pengurusan kanan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) bergelar Datuk direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung penggunaan syarikat kontraktor penghias dalaman dilantik lembaga itu untuk kerja pengubahsuaian kediamannya berjumlah RM400,000.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim bermula hari ini sehingga Sabtu ini.

Terdahulu, suspek berusia 48 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini pada pukul 9.45 pagi.

Dia ditahan selepas hadir memberikan keterangan di ibu pejabat SPRM pada pukul 8.35 malam semalam.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Menurut sumber, suspek telah menerima rasuah berbentuk pengubahsuaian rumah daripada kontraktor berkenaan berjumlah RM400,000 sebagai balasan memberikan projek penjenamaan semula pejabat cawangan Tabung Haji melibatkan kos RM15 juta. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN