[VIDEO] Penduduk bantah kerja korek Jalan Haji Zam Zam - Utusan Malaysia

[VIDEO] Penduduk bantah kerja korek Jalan Haji Zam Zam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG 30 Dis. – Penduduk Kampung Pasir, Hulu Kelang di sini membantah tindakan pemaju melaksanakan kerja-kerja pengorekan jalan bagi tujuan pemasangan paip air di laluan utama kampung mereka.

Penduduk mendakwa, kerja-kerja pemasangan paip air milik Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. yang dijangka dilaksanakan tidak lama lagi itu akan mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk di laluan yang sudah sedia sempit.

Seorang penduduk, Badaruddin Abd. Aziz, berkata, projek itu melibatkan laluan di Jalan Haji Zam Zam sepanjang kira-kira 300 meter dari persimpangan masuk Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) hingga ke tapak pembangunan Estana Court 2.

“Kami kesal kerana penduduk tidak dimaklumkan mengenai projek ini. Oleh itu kami mendesak supaya Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) campur tangan untuk menghentikan projek ini serta-merta,” katanya.

Badaruddin berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia bersama kira-kira 100 orang penduduk Kampung Pasir yang membuat bantahan terhadap projek berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×