KUALA LUMPUR 6 Dis. – Kecemerlangan skuad Harimau Malaya menempah slot ke saingan akhir Piala AFF 2018 telah membanggakan semua pihak di negara ini termasuk Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri yang memberikan ucapan tahniah dalam laman sosial facebook beliau, hari ini. Malaysia menamatkan aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2018 dengan keputusan seri 2-2 menentang Thailand di Stadium Rajamangala dan keputusan tersebut membolehkan Harimau Malaya melangkah…










