[VIDEO] Jenazah Allahyarham Zainuddin tiba di rumahnya - Utusan Malaysia

[VIDEO] Jenazah Allahyarham Zainuddin tiba di rumahnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 14 Dis. – Jenazah bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Tan Sri Zainuddin Maidin tiba di rumahnya di Precint 10, di sini kira-kira pukul 10.40 malam ini.


Video oleh YULPISMAN ASLI

Jenazah Allahyarham dibawa pulang dari Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang dengan van jenazah Madrasah Al-Hilaliah, Gombak Setia.

Antara yang menyambut ketibaan jenazah ialah Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya; bekas Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Hashim Makarudin; Pegawai Khas kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Roslan Othman; bekas Pènolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hasan dan bekas Pengarang Mega Utusan Malaysia, Gamal Nasir.

Menurut anak bongsu Allahyarham, Zaidan Zainuddin, 38, jenazah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Taman Melawati esok pagi.

Jelasnya, jenazah dijangka dibawa ke sana kira-kira pukul 7.30 pagi

“Jenazah akan disolatkan di Surau At- Tarbiah, Jalan I1, Taman Melawati kira-kira pukul 9 pagi,” katanya ketika ditemui, di sini malam ini.

Terdahulu, Allahyarham Zainuddin meninggal dunia di Hospital Serdang kira-kira pukul 6.20 petang tadi.

Sebelum ini, bekas Menteri Penerangan itu telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya pada 13 November lalu selepas dilaporkan terjatuh di rumahnya di Presint 10, Putrajaya.

Zainuddin yang lahir pada 26 Jun 1939 di Kota Kuala Muda, Kedah memulakan kerjayanya sebagai pemberita sambilan Utusan Melayu di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951 sebelum dilantik sebagai pemberita tetap 10 tahun kemudian dan berpindah ke ibu negara.

Allahyarham dilantik sebagai ketua pemberita sehingga tahun 1971 dan dinaikkan pangkat kemudiannya sebagai pengarang berita antara tahun 1972 hingga 1975. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN