Usul asingkan pendakwa raya, AG mungkin ditolak – Hanipa - Utusan Malaysia

Usul asingkan pendakwa raya, AG mungkin ditolak – Hanipa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Dis. – Usul untuk mengasingkan kuasa pendakwa raya dan Peguam Negara (AG) ke Parlimen dibimbangi berisiko untuk ditolak kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat.

Timbalan Menteri di Ja­batan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata, hal ini kerana cadangan pengasingan kuasa itu memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau memberitahu, keti­ka ini, kerajaan berhadapan dengan halangan apabila tidak mempunyai kuasa dua pertiga di Dewan Rakyat.

“Sekiranya kerajaan berhasrat melaksanakan pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan pendakwa raya di negara ini, Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda dan untuk meminda Perlembagaan, berdasarkan Perkara 159 (3) Perlembagaan Persekutuan, ia memerlukan dua pertiga.

“Buat masa ini kita rasa kita tak ada dua pertiga, kita tak nak ambil risiko bila bentang, ia tidak diluluskan. Jadi, setakat ini, ia memang telah dibincangkan tetapi belum ada keputusan untuk membawa perkara ini ke Parlimen, mungkin akan berlaku, tapi tak tahu bila,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Johari Abdul (PH-Sungai Petani) mengenai rancangan untuk memisahkan peranan Pendakwa Raya dengan Peguam Negara pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN