NEW YORK 18 Dis. – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menimbangkan tindakan untuk mendesak Myanmar bekerjasama menangani krisis pelarian Rohingya. Resolusi draf itu bertujuan meletakkan garis masa di Myanmar membenarkan lebih 700,000 pelarian Rohingya di Bangladesh pulang ke kampung halaman mereka di negeri Rakhine. Rohingya melarikan diri dari Rakhine sejak Ogos tahun lalu apabila berlakunya keganasan yang disifatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat (AS), Britain dan negara…










