UMNO perlu Presiden baru - Utusan Malaysia

UMNO perlu Presiden baru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kemelut yang melanda UMNO perlu diselesaikan dengan segera, amaran lebih ramai ahli Parlimen UMNO keluar parti perlu dipandang serius.

Ketua Pemuda UMNO Machang, Mohd. Fakaaruddin Ismail berkata, amaran gelombang ketiga exodus (keluar parti) itu betul serta masalah yang dihadai adalah disebabkan rasa hilang keyakinan kepada parti dan kepemimpinan sekarang.

“Ketika ini UMNO perlu ada Presiden baru untuk mengemudi dan mengembalikan semula keyakinan ahli dan pengundi. Sebenarnya situasi yang berlaku dalam UMNO kini, ialah disebabkan ketidakupayaan Presiden parti mengawal situasi.

“Hala tuju UMNO di bawah kepimpinan sekarang juga masih samar dan kurang jelas, ahli tidak yakin. Perpecahan kepada tiga bahagian tidak perlu berlaku dalam UMNO,” katanya melalui satu kenyataan di sini semalam.

Ujarnya, UMNO ketika ini dilihat tiada pegangan, sekejap mahu bekerjasama dengan Pas, sekejap mahu bentuk kerajaan perpaduan dengan PKR dan ada yang mahu terus kekal dengan perjuangan parti UMNO.

“Secara dasarnya, setelah Presiden baharu dipilih perpecahan kepada tiga bahagian ini tidak akan timbul serta hala tuju akan tetap menjadi satu iaitu memperjuangkan perjungan yang dibawa parti selama 61 tahun memerintah negara.

“Saya yakin dengan perubahan drastik pucuk pimpinan, parti ini mampu mencipta revolusi bagi menghidupkan kembali keyakinan rakyat terhadap UMNO,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN