PUTRAJAYA 21 Dis.- Gerakan Pembela Ummah (Ummah) menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi menuntut keadilan terhadap anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim. Memorandum itu diserahkan oleh Pengerusi Ummah, Aminuddin Yahaya kepada Setiasaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. Memorandum berkenaan antara lain mendesak P. Waytha Moorthy meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas gagal memainkan peranan…










