ANKARA, Turki 18 Dis. – Turki mungkin memulakan operasi ketenteraan baharu di bahagian Timur Syria pada bila-bila masa. Menurut Presidennya, Recep Tayyip Erdogan, langkah tersebut mendapat sokongan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meskipun Pentagon memberi amaran keras kepada Ankara. “Kita secara rasmi memaklumkan akan memulakan operasi ketenteraan di Timur Euphrates. “Perbincangan telah dibuat dengan Trump dan beliau memberikan respons positif,” katanya ketika berucap di Wilayah Konya, di sini semalam.…










