KUALA LUMPUR 15 Dis. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir memberi penghormatan terakhir Kepada Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Tan Sri Zainuddin Maidin, 79, yang meninggal dunia malam tadi.
Dr. Mahathir tiba di Surau Ar-Tarbiyah, Taman Malawati kira-kira pukul 9.20 pagi.
Turut hadir sama iaitu Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dan sahabat handai Allahyarham.
Sebelum itu, van jenazah yang membawa Bekas Menteri Penerangan Itu tiba di surau berkenaan pada pukul 8.40 pagi.
Allahyarham akan disembahyangkan di surau ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Klang Gate, Taman Melawati. – UTUSAN ONLINE










