Tuah Rafiq jadi kidal - Utusan Malaysia

Tuah Rafiq jadi kidal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Berani mengambil risiko bertukar daripada menggunakan tangan kanan kepada kiri di awal pembabitan akhirnya membuahkan hasil lumayan buat jaguh boling negara, Muhammad Rafiq Ismail.

caption

Semalam, Rafiq menamatkan penantian 39 tahun Malaysia apabila muncul juara dunia di Hong Kong selepas mengejutkan pemenang pingat emas 2014, Dan MacLelland dari Kanada 217-204 dalam perlawanan akhir.

Rafiq, 21, menjadi pemain pertama negara merangkul kejuaraan berprestij itu sejak trio J.B Koo, Allan Hooi dan Edward Lim menghadiahkan emas pada 1979.

Menurut ibu Rafiq, Zaiton Abd. Ghani, anak keempat daripada lima adik beradik itu pada awalnya bukanlah seorang pemain tangan kiri, namun atas nasihat abang, Redza yang juga jurulatih pertamanya, dia akur dan berani mencuba ketika berusia enam tahun.

“Dia bermain tangan kanan sebenarnya, tapi abang dia yang tukar ke kiri sebab Redza berpendapat ramai pemain menggunakan tangan kanan, jadi apabila ­beraksi, minyak di permukaan lorong kanan akan cepat kering.

“Mula-mula Rafiq susah nak sesuaikan diri, lama kelamaan boleh dibentuk ­kerana usianya yang masih muda,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Mengimbau perjalanan karier Rafiq, Zaiton berkata, bakat anaknya mula dikesan sejak berusia empat tahun ketika se­ring mengikuti Redza, yang juga pemain boling Kuala Lumpur berlatih di gelanggang.

Apa yang menarik tentang Rafiq, dia mampu meniru cara dan gaya balingan setiap pemain setelah pulang mengikuti abangnya berlatih di Flamingo.

“Dia balik rumah, dia boleh cerita dan buat balik gaya orang lain. Dia boleh ikut dengan tepat cara orang itu balik. Dari situ juga kami boleh nampak minat dia. Jadi kami terus cari jurulatih,” ujarnya.

Tahun 2018 adalah musim cemerlang buat Rafiq, yang sebelum ini turut memahat sejarah muncul pemain lelaki Malaysia pertama meraih pingat emas Masters dalam Sukan Asia 2018 di Palembang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN