WASHINGTON 18 Dis. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, pihaknya telah meluluskan pembayaran pusingan kedua daripada pakej bantuan sehingga AS$12 bilion (RM50 bilion) bagi membantu golongan petani yang terkesan akibat perang perdagangan AS-China. “Hari ini saya mengotakan janji saya untuk mempertahankan petani dan penternak daripada ‘pembalasan’ perdagangan yang tidak wajar oleh negara-negara asing. “Saya telah memberi kuasa kepada Setiausaha Pertanian, Sonny Perdue untuk melaksanakan pembayaran Fasilitasi Pasaran kedua,” katanya.…










