‘Tolak job’ demi #DaulatHimpunan812 - Diva AA - Utusan Malaysia

‘Tolak job’ demi #DaulatHimpunan812 – Diva AA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Dis. – ‘I supposed to go for another job, but i cancel last minute’ semata-semata nak datang ke himpunan #DaulatHimpunan812. (saya sepatutnya ada kerja lain, tapi saya batalkan pada minit terakhir).

Demikian laungan semangat selebriti dan pengacara terkenal tanah air, Azwan Ali, 52, yang turut menghadiri Perhimpunan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) #DaulatHimpunan812 sebentar tadi.


“Syukur ke hadrat Ilahi apabila, Allah memberi kesempatan dan ruang kepada ribuan rakyat untuk bangkit dan ini adalah perjuangan diva AA.


“Inilah rakyat Malaysia dan kita buat perhimpunan aman malah ini adalah satu bentuk perjuangan yang menyebabkan saya sendiri berdebar untuk menghadiri himpunan kali ini,”kata Azwan. 


Memetik laporan Astro Awani, Azwan Ali yang terkenal dengan gelaran Diva AA itu turut menyifatkan kehadirannya dalam himpunan kali ini bersifat peribadi dan tidak membabitkan mana-mana parti politik.


“Ini himpunan pertama saya hadiri sejak 3 dekad menjadi selebriti. Ini kebangkitan seluruh umat Islam khasnya bangsa Melayu secara fokusnya bagaimana kita berjuang untuk kedaulatan Islam demi mempertahankan masa depan dan nasib orang Melayu kita sendiri.


“Diva AA amat berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana membenarkan perhimpunan ‘kesyukuran’ dalam meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD),” katanya. 


Adik kepada Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu turut menzahirkan rasa bangga dan terharu melihat kesungguhan ribuan peserta turun padang semata-mata bagi menyertai perhimpunan berkenaan.


“Walaupun panas, berpeluh Diva AA tetap ok, ‘just look that lovely crowd’, semangat mereka, memang meremang bulu roma tengok,” katanya penuh semangat. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN