TNB dapat kelulusan teruskan mekanisme ICPT - Utusan Malaysia

TNB dapat kelulusan teruskan mekanisme ICPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerima kelulusan daripada kerajaan menerusi Suruhanjaya Tenaga untuk terus melaksanakan mekanisme Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT) bagi separuh pertama tahun hadapan.

Menurut TNB dalam makluman kepada Bursa Malaysia, bagaimanapun, purata tarif asas kekal tidak berubah bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2019 di sebalik kos bahan api dan penjanaan yang tinggi yang ditanggung untuk tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2018.

“Tambahan kos penjanaan atau ketidakseimbangan sebelum ini adalah RM1.82 bilion berikutan peningkatan harga purata arang kepada AS$97.835 (RM409.68) per tan, berbanding harga yang diunjurkan iaitu AS$75 (RM314.06) per tan bagi Tarif Asas dalam Tempoh Pengawalseliaan Kedua (RP2) dari 2018 hingga 2020,” katanya, di sini hari ini.

Jelasnya, kerajaan telah meluluskan dua langkah untuk mengurangkan kesan bahan bakar yang tinggi dan kos penjanaan sebanyak RM1.82 bilion yang disalurkan kepada pengguna menerusi mekanisme ICPT.

Satu daripadanya adalah menerusi Dana Industri Elektrik (KWIE) untuk membiayai bayaran tambahan kepada pengguna domestik berjumlah RM308 juta. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×