PUTRAJAYA 14 Dis. – Kementerian Pengangkutan memberi jaminan tidak akan berlaku pertindihan kuasa antara Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia (MTSB) yang bakal ditubuhkan dengan agensi penguatkuasaan sedia ada. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, cadangan penubuhan MTSB yang dijangka dibawa ke Parlimen tahun hadapan, juga tidak akan melibatkan peruntukan kewangan yang besar sekali gus tidak membebankan kerajaan. Jelasnya, MTSB merupakan sebuah badan yang menyiasat punca kemalangan semua mod pengangkutan di negara ini…










