Tiada masalah buat Australia - Utusan Malaysia

Tiada masalah buat Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BHUBANESWAR, India – Juara bertahan, Australia tidak berdepan masalah untuk mengesahkan tempat ke suku akhir Kejohanan Hoki Piala Dunia 2018 selepas menewaskan pasukan No. 7 dunia, England 3-0 pada aksi kedua Kumpulan B di Stadium Kalinga, India, kelmarin.

Kejayaan itu menyaksikan skuad The Kookaburras muncul juara kumpulan dengan baki satu perlawanan.

Keputusan seri 1-1 antara China dan Ireland dalam satu lagi aksi Kumpulan B turut membantu Australia mengesahkan slot suku akhir tersebut secara automatik, sekali gus semakin hampir untuk mempertahankan gelaran yang dimenangi mereka pada edisi lepas.

Ketua jurulatih Australia, Colin Batch jelas berpuas hati selepas menyaksikan pemainnya berjaya meledakkan tiga gol dalam suku terakhir meskipun dipaksa berhempas pulas untuk merobohkan benteng pertahanan England sepanjang tempoh 45 minit awal permainan.

“England bermain dengan baik hingga menyukarkan barisan penyerang kami melakukan percubaan berbahaya ke arah pintu gol mereka.

“Saya gembira kerana kesabaran yang ditunjukkan para pemain akhirnya berhasil apabila kami mendapat tiga gol dalam tempoh 15 minit terakhir permainan.

“Walaupun kami sudah layak ke suku akhir, tetapi saya tetap mahukan kemenangan pada baki saingan selepas ini,” katanya.

Tiga gol Australia dalam perlawanan itu dijaringkan oleh Jake Whetton pada minit ke-47, Blake Govers (m-50) dan Corey Weyer (m-56). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×