TFC dedikasi jersi nombor 12 kepada peminat - Utusan Malaysia

TFC dedikasi jersi nombor 12 kepada peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Terengganu Football Club (TFC) mengikut jejak kelab tersohor Jerman, Bayern Munich untuk mendedikasikan jersi nombor 12 kepada penyokong.

Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Mohd. Syahrizan Mohd. Zain berkata, pihaknya telah memutuskan jersi bernombor berkenaan tidak akan digunakan oleh mana-mana pemain TFC mulai musim depan.

“Nombor tersebut akan didedikasikan khas kepada penyokong TFC yang dianggap pemain ke-12 kelab yang tidak pernah penat memberi sokongan padu kepada kelab.

“Ia juga sebagai pengiktirafan dan penghargaan terhadap semangat, disiplin dan aura luar biasa yang diberikan penyokong tegar TFC selama ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada musim lalu, jersi nombor 12 dipakai pemain tengah, Shahrul Aizat Zulkifli. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN