Teruskan siasatan demi keadilan bersama - Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Teruskan siasatan demi keadilan bersama – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu kerajaan meneruskan siasatan terhadap kes rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya yang telah mengorbankan nyawa anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Sambil mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Muhammad Adib, Ahmad Zahid turut berharap mereka diberi ketabahan menghadapi ujian berkenaan.

“Takziah kepada seluruh ahli keluarga Muhammad Adib, diharapkan tabah menghadapi ujian ini.

“Semoga rohnya ditempatkan bersama kalangan syuhada. Saya menyeru pihak kerajaan meneruskan siasatan demi keadilan bersama. Al-fatihah,” katanya dalam status di akaun Twitter miliknya hari ini.

Muhammad Adib, 24, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 9.41 malam ini selepas tiga minggu mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Muhammad Adib cedera parah dibelasah dalam kejadian rusuhan di kuil berkenaan, 27 November lalu. Beliau sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 23 Disember ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN