HADIAH Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) yang kini sudah melewati edisi ke-33, telah terbukti sebagai wahana memupuk bakat sasterawan dan karyawan tanah air dalam usaha melahirkan karya bermutu tinggi selain mengangkat martabat kesusasteraan Melayu dan khazanah seni tamadun bangsa. Sejak lebih tiga dekad lalu, HSKU sentiasa konsisten memberikan pengiktirafan kepada karya-karya bermutu tinggi tanpa mengira latar belakang penulis sama ada penulis baharu atau penulis lama. Sememangnya HSKU berhasrat mencari karya bermutu…










