Seorang wanita meredah banjir untuk ke pusat pemindahan sementara (PPS) berdekatan selepas rumahnya dinaiki air banjir ketika tinjauan di Kampung Matang, Hulu Terengganu hari ini. Sehingga pukul 5 petang tadi daerah Hulu Terengganu mencatatkan 479 mangsa dari 194 keluarga yang ditempatkan di lapan pusat pemindahan.










