KUALA LUMPUR 3 Dis. – Persaingan secara sihat perlu diamalkan oleh semua pemandu teksi susulan langkah kerajaan mewajibkan semua pemandu e-hailing mendaftar lesen kenderaan pengangkutan awam (PSV). Penasihat syarikat Big Blue Taxi Facilities Sdn. Bhd., Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, pemandu teksi juga perlu segera mengemas kini maklumat ke dalam aplikasi mudah alih telefon pintar atau e-hailing bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka. “Saya menyeru kepada semua pemandu teksi agar mengemas kini maklumat…










