Tarik kenyataan atau saya saman!-Waytha Moorthy - Utusan Malaysia

Tarik kenyataan atau saya saman!-Waytha Moorthy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Dis.- Dua pemimpin didesak menarik balik kenyataan mereka berhubung dakwaan sebelum ini berkaitan isu Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dalam tempoh 24 jam atau berdepan saman fitnah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P . Waytha Moorthy mendakwa , Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Dr. Ibrahim Ali sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bersifat tuduhan liar dan kebencian bagi menghasut orang ramai menghadiri perhimpunan kesyukuran meraikan kejayaan menolak ICERD.

“Sejak tiga hari lalu, Tajuddin dan Ibrahim telah mengeluarkan pelbagai kenyataan palsu serta berunsur fitnah mengenai saya seolah-olah saya telah menghina masyarakat Melayu dan Islam di negara ini.

“Pada pandangan saya, kenyataan kedua-dua pemimpin ini merupakan tuduhan liar dan ucapan benci untuk menghasut orang ramai menghadiri perhimpunan kesyukuran meraikan kejayaan tolak ICERD yang dianjurkan oleh Pas dan UMNO, Ahad ini,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN