Tanya Aziz Bari dulu, baru saya komen - Ahmad Faizal - Utusan Malaysia

Tanya Aziz Bari dulu, baru saya komen – Ahmad Faizal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 4 Dis. – “Awak patut tanya dia dulu sama ada tuduhan itu betul atau tidak, baru saya komen,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu secara ringkas.

Ahmad Faizal berkata demikian ketika ditemui selepas diminta mengulas mengenai peringatan Ketua Pembangkang, Datuk Saarani Mohamad terhadap beliau untuk bertanyakan adakah benar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari merangkap exco kerajaan negeri, cuba menjatuhkannya.

Dalam sesi penggulungan perbahasan SIdang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 hari ini, Saarani mendakwa Naib Pengerusi DAP Perak itu telah bertemu dengan lima orang ADUN UMNO bagi menarik empat lagi sokongan untuk menjatuhkan Ahmad Faizal.

Saarani mendakwa, pertemuan itu telah dilakukan di beberapa lokasi di dalam dan luar negeri ini, antara 2 November hingga 1 Disember lalu dan bellau mengaku mempunyai kesemua akuan bersumpah mengenainya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN