SAUDARA PENGARANG,UNTUK menjadi seorang doktor perubatan yang bertauliah bukannya mudah seperti yang disangkakan kerana kos untuk membiayainya memerlukan sekurang-kurangnya RM300,000. Tempoh pengajian pula amat panjang selama tujuh atau lapan tahun tidak termasuk latihan housemanship selama dua tahun. Kesabaran dan minat yang mendalam adalah kunci kejayaan untuk menjadi seorang pegawai perubatan kerana cabarannya sejak tahun pertama pengajian lagi hingga tahun terakhir perlu ditempuh dengan tabah dan tanpa rungutan. Itulah pengorbanan untuk…










