Tabung Haji gagal rekodkan rosot nilai berjumlah RM227.81 juta - Utusan Malaysia

Tabung Haji gagal rekodkan rosot nilai berjumlah RM227.81 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) dilaporkan gagal merekodkan rosot nilai sebanyak RM227.81 juta terhadap pelaburan dalam tiga syarikat subsidiari serta tiga syarikat bersekutu khususnya syarikat TH Heavy Engineering Berhad dengan jumlah pelaburan sebanyak RM164.58 juta.

Berdasarkan laporan Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2, penyata kewangan syarikat TH Heavy Engineering Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember lalu menerima penafian pendapat oleh juruaudit luar.

Tambah laporan itu, kaedah penetapan polisi rosot nilai aset kewangan Tabung Haji tidak konsisten kerana berlaku perubahan polisi setiap tahun khususnya dalam tahun berakhir 31 Disember lepas yang memperlihatkan polisi itu diubah sebanyak dua kali.

Jumaat lalu, Tabung Haji membuat dua laporan polis berkenaan penyelewengan dana berjumlah RM22 juta dan penjualan 95 peratus pegangan milik anak syarikatnya melibatkan sejumlah RM3.8 bilion.

Antara pihak yang dinamakan dalam laporan tersebut ialah bekas Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim; bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Johan Abdullah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN