Suspek kegiatan peras ugut ditahan - Utusan Malaysia

Suspek kegiatan peras ugut ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS  3 Dis.- Seorang lelaki yang terlibat dalam empat kegiatan peras ugut di sekitar Seberang Perai Utara (SPU) di sini berjaya ditahan polis dalam satu operasi di hadapan sebuah bank di Taman Selat, Buterworth, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, polis juga berjaya merampas barang kes yang dianggarkan bernilai RM2,650.

“Daripada pengakuan suspek, dia telah melakukan sebanyak empat kes yang sama di daerah SPU.

“Hasil saringan awal air kencing pula mendapati suspek negatif dadah tetapi mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN