AUCKLAND 8 Dis.- Seorang lelaki bakal dihadapkan ke mahkamah kerana dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan warga Britain, Grace Millane yang hilang seminggu lalu. Suspek berusia 26 tahun yang masih dalam tahanan polis itu dijangka hadir ke mahkamah Auckland pada Isnin depan untuk didakwa. Millane, 22, dilaporkan hilang ketika melancong ke Auckland. Polis pada Sabtu lalu mengklasifikasikan kehilangan wanita itu sebagai jenayah bunuh. Sehingga kini, mayat graduan Universiti Lincoln itu masih belum ditemukan.- AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya