Tuduh isteri dilahirkan lelaki, Macron saman pempengaruh

Tuduh isteri dilahirkan lelaki, Macron saman pempengaruh

EMMANUEL Macron bersama isterinya, Brigitte tiba di 10 Downing Street semasa kunjungan ke Britain, baru-baru ini. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Presiden Perancis Emmanuel Macron dan isterinya, Brigitte Macron memfailkan saman fitnah terhadap pempengaruh media sosial berhaluan kanan dari Amerika Syarikat (AS), Candace Owens, selepas wanita itu mendakwa Brigitte dilahirkan sebagai lelaki.

Macron menyifatkan dakwaan itu sebagai palsu dan memfitnah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Tuduhan itu dibuat Owens menerusi platform X serta dalam audio siar pada Mac 2024, bersama beberapa dakwaan lain yang menyasarkan pasangan Presiden Perancis tersebut.

Menurut kandungan saman yang disahkan sendiri oleh Owens dalam satu video di YouTube, bdia dituduh mengeluarkan kenyataan palsu tersebut untuk mempromosikan platform peribadinya, meraih publisiti dan menjana pendapatan.

Dokumen mahkamah menyatakan Owens menerbitkan satu siri audio siar sebanyak lapan episod bertajuk Becoming Brigitte, yang memuatkan satu siri pembohongan yang terbukti palsu dan memusnahkan reputasi pasangan Macron.

Antara tuduhan dalam siri tersebut termasuk dakwaan Brigitte dan Macron mempunyai pertalian darah serta beliau kononnya menjadi presiden dengan bantuan daripada Agensi Perisikan Pusat (CIA).

Apabila pasangan Macron meminta kandungan itu dipadam, Owens didakwa mengejek mereka dan menggunakan situasi tersebut untuk menarik perhatian lebih ramai peminatnya.

Saman itu turut menyebut pasangan Macron menjadi mangsa kepada kempen penghinaan global yang berterusan dan tidak berasas.

Owens, 36, merupakan pempengaruh media sosial konservatif dengan 4.4 juta pengikut di YouTube dan hampir 7 juta pengikut di platform X.

Dia dikenali sering mencetuskan kontroversi, termasuk menyebarkan dakwaan palsu mengenai peristiwa Holocaust dan komuniti Muslim, yang menyebabkan kerajaan Australia menolak kemasukannya ke negara itu pada tahun 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×