RANTAU PANJANG 16 Dis. – Paras air Sungai Golok di sini terus menunjukkan peningkatan dan menghampiri paras bahaya berbanding paras amaran semalam. Menurut laman sesawang infobanjir.water.gov.my setakat pukul 6.30 petang ini air Sungai Golok mencecah 8.84 meter menghampiri paras bahaya 9 meter. Tinjauan Utusan Online mendapati Kampung Jeram Perdah, Lancang, Bongo, Kelawar, Jejawi, Teresan dan Putat 7 sudah ditenggelami air. Bagaimanapun urusan harian penduduk masih seperti biasa dan premis perniagaan…










